fbpx
NasionalNegeri

Sarawak guna autonomi laksana PPSMI, iktiraf UEC

SARAWAK menggunakan autonominya dengan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mengiktiraf sijil peperiksaan bersepadu (UEC).

Bahagian pendidikan negeri itu mengambil langkah sedemikian walaupun Kerajaan Persekutuan sebelum ini maklum tidak akan menggunakan PPSMI.

Justeru, kaedah pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik itu akan diteruskan di Sarawak bagi pelajar Tahun 1 mulai tahun ini.

“Kami memperkenalkan semula PPSMI di Sarawak mulai tahun ini dengan pelajar Tahun 1.

“Kami sudah mengkaji kritikan dan kelemahan daripada pelaksanaan terdahulu di peringkat nasional, serta mengambil langkah perlu untuk mengatasinya.”


BACA > Lelaki maut, besi pembahagi jalan tersodok ke dalam Myvi — Suara Merdeka

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr. Annuar Rapaee seperti dipetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Dalam pada itu, beliau memahami kelemahan yang timbul dalam pelaksanaan tersebut dan mahu ia dilaksanakan tanpa tergesa-gesa.

“Jika anda perkenalkannya untuk pelajar Tingkatan 1, mereka yang belajar subjek itu dalam bahasa Melayu dari Tahun 4 hingga 6 akan terkial-kial.

“Kali ini kami melakukannya secara perlahan-lahan, bermula dengan Tahun 1 dan seterusnya

berkata isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menunjukkan kepentingan autonomi Sarawak ke atas pendidikan.

Katanya, Sarawak kekal dengan keputusannya melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, yang juga dikenali sebagai PPSMI.

BACA > PM tak sebut kerajaan akan iktiraf UEC — Suara Merdeka

Khamis lalu, Putrajaya mengumumkan PPSMI tidak akan diperkenalkan semula di sekolah, tetapi Sarawak akan meneruskan pelaksanaannya bagi pelajar Tahun 1, mulai tahun ini.

“Kami sudah mengkaji kritikan dan kelemahan daripada pelaksanaan terdahulu di peringkat nasional, serta mengambil langkah perlu untuk mengatasinya,” jelasnya.

Tambahnya, bagi memperkasakan pelaksanaannya pula, kerajaan akan membantu tenaga pengajar termasuk memberi latihan mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Katanya, kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukan itu bagi tujuan latihan kepada guru.

“Kami membelanjakan hampir RM10 juta untuk membangunkan modul itu, mencetak buku teks dan buku kerja.

“Malah melatih guru dan memberikan bahan sokongan kepada mereka,” ujarnya.

UEC

BACA > PM digesa tarik balik ‘pengiktirafan sebahagian’ UEC — Suara Merdeka

Kata Annuar lagi, Sarawak memilih untuk memperkenalkan semula PPSMI demi kepentingan negeri serta rakyatnya.

“Ramai graduan tempatan mendapatkan pekerjaan di sektor swasta disebabkan penguasaan bahasa Inggeris mereka yang lemah.

“Iini zaman teknologi, Revolusi Industri 4.0, penguasaan bahasa Inggeris bukan satu pilihan.

“Suka atau tidak, bahasa Inggeris ialah bahasa perantaraan pengetahuan dan jika kita tidak dapat menguasainya, bagaimana kita hendak bersaing?” soalnya.

Dalam laporan sama, Annuar turut memaklumkan Sarawak kekal dengan keputusan mengiktiraf UEC.

Katanya, sijil berkenaan boleh digunakan bagi permohonan biasiswa tajaan negeri, pekerjaan dalam sektor kerajaan negeri.

BACA > Iktiraf UEC: Huazong setuju dengan Perdana Menteri — Suara Merdeka

“Apabila berkaitan hak Sarawak, autonomi dari segi apa yang negeri mahu bagi pendidikan sangat penting.

“Kami ialah negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan untuk memanfaatkannya, kami memerlukan bakat dan teknologi canggih.

“Jika kita tidak mempersiapkan rakyat kita untuk memiliki pengetahuan dan menguasai teknologi, kita perlu bergantung kepada orang asing dan ini tidak baik untuk negeri serta rakyat.

“Kami tidak mahu mereka ketinggalan,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau juga memaklumkan isu pengiktirafan UEC tidak boleh dipolitikkan kerana ia disifatkan sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap pelajar.

“UEC sebagai contoh, ia memainkan peranan dalam membangunkan sumber manusia.

“Jadi kita menerima UEC untuk permohonan biasiswa. Kita tidak boleh mendiskriminasi pelajar berdasarkan latar belakang pendidikan mereka.

“Bagi orang Sarawak, apa yang penting ialah mereka mahu menyumbang kembali kepada negeri dan negara.

BACA > UEC: Buang masa tubuh jawatankuasa – Eddin — Suara Merdeka

“Kita tidak patut menafikan peluang mereka untuk berbuat demikian,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button