Nasional

Petugas kesihatan diminta berjaga-jaga, 69 kes COVID-19 tidak diketahui punca

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) meminta petugas kesihatan di hospital awam dan swasta untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika merawat pesakit Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection, SARI.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan semua petugas kesihatan yang merawat pesakit ILI dan SARI agar memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Langkah tersebut perlu kerana sebanyak 69 kes COVID-19 tidak diketahui punca atau sporadik telah dikesan di selepas 8,000 orang disaring berdasarkan ILI  dan SARI.

“Kebanyakan kes positif hasil saringan ILI/SARI adaah berkaitan dgn kluster lain selepas siasatan lanjut.

“Justeru, KKM menasihatkan petugas kesihatan awam dan swasta memakai PPE apabila merawat pesakit ILI/SARI di ICU atau membuat saringan di klinik atau hospital,” kata Dr. Noor Hisham.

BACA

Setakat ini petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dijangkiti virus maut COVID-19 adalah sebanyak 80 orang.

Hospital Teluk Intan mempunyai bilangan paling ramai dijangkiti iaitu 39 orang, diikuti Hospital Selayang (5), Hospital Raja Perempuan Zainab II (4), Hospital Seri Manjung (3), Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (3) dan Hospital Shah Alam (2).

Manakalan 24 hospital lain masing-masing mempunyai seorang petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan.

“Terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” kata Dr. Noor HIsham.

Sebelum ini Dr. Nor Hisham telah merayu kepada orang ramai agar tidak menyembunyikan maklumat untuk mengelakkan petugas kesihatan daripada dijangkiti Covid-19.

Mereka yang datang mendapatkan rawatan di semua kemudahan Kesihatan diminta bersikap jujur dengan  menyembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya merekamerupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19.

Jika mereka mempunyai gejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu untuk mengetahui fasiliti Kesihatan yang patut anda kunjungi. – SM

 

 

 

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button