Nasional

80 petugas kesihatan KKM dijangkiti COVID-19

PETUGAS kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dijangkiti virus maut COVID-19 sehingga pagi ini adalah sebanyak 80 orang.

Hospital Teluk Intan mempunyai bilangan paling ramai dijangkiti iaitu 39 orang, diikuti Hospital Selayang (5), Hospital Raja Perempuan Zainab II (4), Hospital Seri Manjung (3), Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (3) dan Hospital Shah Alam (2).

Manakalan 24 hospital lain masing-masing mempunyai seorang petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

BERITA BERKAITAN:

“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan.

“Terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” kata Dr. Noor HIsham.

Sebelum ini Dr. Nor Hisham telah merayu kepada orang ramai agar tidak menyembunyikan maklumat untuk mengelakkan petugas kesihatan daripada dijangkiti Covid-19.

Mereka yang datang mendapatkan rawatan di semua kemudahan Kesihatan diminta bersikap jujur dengan  menyembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya merekamerupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19.

Jika mereka mempunyai gejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu untuk mengetahui fasiliti Kesihatan yang patut anda kunjungi.

Lihat bagaimana petugas kesihatan perlu membersihkan salah sebuah Jabatan Pesakit Luar di fasiliti Kesihatan setelah mengetahui seorang pesakit yang datang mendapatkan Rawatan sebelumnya positif Covid-19.

Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini.

Pada masa sama Kementerian Kesihatan juga berjaya mendapatkan bekalan 33 juta unit pakaian pelindung diri (PPE) utuk diedarkan kesemua kemudahan kesihatan di seluruh negara.

PPE adalah pakaian yang digunakan oleh petugas perubatan dan kesihatan ketika berhadapan dengan mangsa wabak Covid-19 atau ketika menjalankan kerja-kerja membendung wabak itu.

Pakaian pelindung itu akan diedarkan ke semua kemudahan kesihatan di seluruh negara minggu ini. -SM

Tags

Related Articles

Back to top button
Close
Close