Nasional

Azmi dilantik sebagai Pegawai Politik kepada YB Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan

Encik Noor Azmi, 56 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu sejak tahun 2018 sehingga kini, dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pertang dari tahun 2018 sehingga Jun 2023.

Peranan utama beliau adalah bagi membantu tugas-tugas politik YB Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan dan memberi nasihat yang sewajarnya terhadap situasi politik di peringkat kawasan Parlimen atau di Negeri.

Beliau juga ditugaskan untuk menyampaikan dan menjelaskan program-program pembangunan negeri dan dasar kerajaan semasa kepada rakyat di setiap peringkat. -SM

Baca : Kerajaan rangka pelan jangka masa pendek tangani kekurangan BPT

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button