Nasional

Dua maut, tiga cedera parah dalam kemalangan bas

DUA maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan sebuah kereta di Km 285.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara awal hari ini (10 Julai).

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Shahrudin Mohd Din berkata, mereka yang maut ialah pemandu bas dan seorang penumpang wanita warga Indonesia manakala dua orang yang berada di dalam kereta itu selamat tanpa cedera.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi melibatkan bas persiaran dari Singapura menghala ke Kuala Lumpur dan Proton Wira, punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata terdapat 22 mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. -SM

Baca juga : Isu warganegara anak kepada wanita rakyat Malaysia dibawa ke Parlimen

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button