Nasional

Covid-19: Kerajaan jangka kes terus meningkat, sedia 3,585 katil di hospital

Kerajaan menjangkakan kes-kes baharu jangkitan Covid-19 akan terus meningkat dalam masa yang terdekat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan termasuk menyediakan 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara untuk menerima pesakit-pesakit baharu Covid-19.

“Pada masa ini 34% daripada kapasiti katil hospital telah digunakan, dengan baki sebanyak 66% lagi yang
masih boleh menampung pesakit.

“Jika berlaku pertambahan jumlah kes positif COVID 19 melebihi kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk dijadikan pusat pengasingan dan kuarantin sementara,” kata Muhyiddin.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi jumlah kes positif Covid-19 telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu
penambahan 172 kes baharu pada hari ini.

Menurutnya, kes positif Covid-19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu iaitu daripada 673 kes.

“Saya diberikan taklimat oleh pihak Majlis Keselamatan Negara bahawa peningkatan kes-kes positif COVID 19
dijangka meningkat lebih tinggi sekiranya kita tidak melakukan apa-apa.

“Jumlahnya mungkin meningkat berkali-kali ganda lagi seperti yang berlaku di beberapa buah negara lain. Dari satu segi perintah kawalan pergerakan yang kita ambil telah sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak ini,” kata Muhyiddin dalam Perutusan Khas hari ini.-SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button