Nasional

Pemimpin UMNO wajar sokong Ismail Sabri Yaakob – Mohd. Fuad Tukirin

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu tidak menaikkan kadar

tarif elektrik dan air di Semenanjung yang sepatutnya dinaikkan pada 1 Julai ini adalah keputusan yang
tepat.

Ini termasuk keputusan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan selepas penamatan subsidi pada 30
Jun ini.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mohd. Fuad Tukirin menyifatkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan
pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan tindakan bijak yang sentiasa mengutamakan rakyat
ketika mana masyarakat hari ini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tenat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning itu berkata, pengumuman itu sudah tentu melegakan
rakyat yang sangat berharap agar kerajaan mendengar keluhan mereka.


 

Menurut beliau, keputusan berani yang diumumkan Perdana Menteri adalah satu langkah drastik bagi
menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

 

Beliau yakin dan percaya bahawa keputusan ini berupaya melegakan hati rakyat daripada tertekan dengan
kapitalis dalam mengambil kesempatan khususnya menaikkan harga ayam katanya lagi.

“Keputusan ini juga memberi isyarat yang jelas bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri hari ini
adalah kerajaan yang mementingkan rakyat.

“Sebarang keputusan yang dibuat oleh Ismail Sabri meletakkan kesulitan rakyat sebagai dasar utama yang
perlu ditangani dari masa kesemasa dalam membela nasib rakyat yang semakin tertekan dengan faktor
ekonomi sekarang,” ujarnya.

Menurut Mohd. Fuad lagi, semua ahli politik terutama pemimpin UMNO seharusnya menyokong tindakan yang
diambil oleh pihak kerajaan dan bukannya bertikam lidah sesama sendiri.

Jelasnya, sepatutnya semua pemimpin UMNO merapatkan lagi hubungan serta bersatu padu dalam membantu
usaha memulihkan ekonomi yang terjejas ekoran wabak pandemik Covid-19.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mempersoalkan dan
mengkritik kerajaan pimpinan Ismail Sabri, beliau menyeru semua pemimpin parti agar bersama-sama
memperbaiki kelemahan yang ada dan bersatu hati terutama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)
akan datang.

(Visited 157 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button