Nasional

Tujuh pelajar lelaki kena reman kes rogol pelajar berusia 14 tahun

TUJUH pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan reman selama tiga hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kejadian dilapor berlaku semalam dan tujuh pelajar berkenaan turut ditahan pada hari yang sama.

“Disahkan ada kejadian rogol pelajar perempuan berumur 14 tahun semalam, membabitkan tujuh pelajar daripada sekolah sama,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian 11 pagi itu, seorang guru menemukan mangsa dalam keadaan separuh bogel, di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Mangsa memberitahu dirogol dan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada 3.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol.– BERNAMA

(Visited 605 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button