Nasional

Lelaki kurang siuman tetak lelaki tanpa sebab

SEORANG lelaki yang dipercayai kurang siuman berusia 63 tahun telah menetak seorang lelaki secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Taman Sri Tanjung, Semenyih, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang,  Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika mangsa bersama tiga rakannya berada di sebuah kedai makan.

“Secara tiba-tiba, datang seorang lelaki dari arah belakang dan terus melibas parang ke bahagian belakang badan mangsa.

“Selepas itu datang beberapa rakan mangsa dan terus mengejar serta menangkap suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, berlaku pergelutan hingga mengakibatkan suspek telah tercedera ketika tangkapan sedang dibuat.

Jelasnya, mangsa bagaimanapun tidak pasti apa punca lelaki itu bertindak sedemikian.

“Semakan awal mendapati suspek sebelum ini ada menerima rawatan psikatrik di Hospital Ulu Kinta, Perak,” ujarnya.

Tambahnya, suspek kini direman sehingga 10 Oktober depan. -SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button