Hiburanpilihan

Pelakon lelaki peluk, bercumbu dipercayai kekasih orang!

SEORANG pelakon lelaki yang popular dengan beberapa drama tempatan dirakam berpelukan dan menari dengan seorang wanita dalam sebuah kelab malam.

Video itu sebelum ini disebarkan menerusi Twitter dan penyebarnya, @aaimanshah9 mendakwa, dia berbuat demikian sebagai bukti teman wanita itu berlaku curang.

Menerusi rakaman video yang tular, teman wanitanya dan pelakon lelaki tersebut kelihatan berpelukan mesra sambil menari dan bercumbu.

Risau reputasinya terjejas, pelakon lelaki berkenaan menghubungi @aaimanshah9 dan meminta video berkenaan dipadamkan daripada Twitter.

Dalam masa sama, pelakon lelaki berkenaan turut memaklumkan bahawa dia dan teman wanita @aaimanshah9 sebenarnya tiada sebarang hubungan mesra.

Rata-rata peminat pelakon lelaki berkenaan yang sempat menonton aksi tersebut menzahirkan rasa kecewa dan sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pelakon lelaki tersebut. – SM

(Visited 588 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button