NasionalNegeriTravel

Masuk “View Point Wang Kelian” kena bayar mulai hari ini

“View Point Wang Kelian” salah satu daya tarikan pelancong di Perlis mula menggenakan bayaran masuk berkuatkuasa hari ini (21 Disember).

Exco Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, kadar bayaran yang dikenakan hanya pada tahap minimun di mana setiap pelawat mampu bayar.

Beliau berkata, langkah ini diambil supaya wang kutipan ini nanti dapat digunakan untuk penyelengaraan tempat ini.

“Kerajaan negeri juga merancang untuk meningkatkan kemudahan prasarana termasuk tandas dan banyak lagi secara berperingkat di tempat ini,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN di Persiaran Wawasan di Kangar.


Mengikut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Perlis, kadar bayaran yang dikenakan untuk dewasa hanya RM2 manakala bawah usia 18 tahun RM1 dan percuma untuk kanak-kanak bawah enam tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU) percuma.

Bagaimanapun bagi pelancong luar negara pula untuk dewasa dikenalan bayaran RM5 dan bawah usia 18 pula RM2 dan percuma untuk kanak-kanak bawah enam tahun dan OKU.

View Point Wang Kelian” ini telah
dinaik taraf oleh Jabatan Perhutanan Perlis.

Ia telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 1 Mac 2021.

View Point Wang Kelian yang terletak pada ketinggian 304 meter dari aras laut ini sebenarnya menjanjikan pemandangan yang sangat cantik terutamanya kepada peminat awan karpet. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button