Hiburan

Tegar balik asal, jadi penyanyi jalanan di negaranya

Pelantun lagu berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

PERNAH keluar dari kemiskinan dan menjalani kehidupan yang agak mewah pada usia 11 tahun ketika lagu dendangannya berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, kini Tegar dikatakan kembali menjalani kehidupan asal.

Tanggungjawab yang digalasnya hari ini lebih besar apabila dia telahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak untuk disara.

Ketika namanya berada di puncak, Tegar dibawa ke Kuala Lumpur dari Indonesia untuk mempromosikan lagu tersebut.

Ketika itu, ramai yang mahu menjada pengurusnya, menjadi PR ataupun PA yang mana, jadualnya disusun sangat padat dan hanya wartawan hiburan tertentu dan stesen penyiaran yang diberi keutamaan untuk menemubual Tegar.

Dari kasut dan baju yang tidak berjemana hebat ketika usianya 12 atau 13 tahun, dengan hasil titik peluhnya, dia mampu membeli pakaian berjenama.


Hari ini, Tegar mengakui secara terbuka bahawa dia kembali ke asal sebagai penyanyi jalanan di mana di situlah dia bermula sebelum dikenali ramai.

Memanglah tidak ada apa yang mahu dimalukan menjadi penyanyi jalanan tetapi di mana orang disekelilingnya yang menjaga Tegar dengan begitu ketat sekali?

Pastinya ada royalt untuk lagu berhantunya itu. Sekadar bertanya, tidakkah dia memperoleh royalti?

Menjadi penyanyi atau anak seni tidak cukup sekadar mencuri tumpuan kerana ‘mencuri tumpuan’ itu tidak mampu membayar bil dan segala macam keperluan.

Sebagai penyanyi, di kala senang Tegar perlu beringat dan tidak hanyut dengan segala kata pujian.

Walaupun ada dalam kalangan netizen yang memuji Tegar kerana tidak merasa malu menjadi penyanyi jalanan semula selepas dirinya menjadi penyanyi terkenal, Tegar perlu melakukan sesuatu agar kehidupannya, isteri, anak dan keluarga menjadi lebih baik. – SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button