Nasionalpilihan

Angka pemberian vaksin di bawah PIKAS terus meningkat

ANGKA pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) semakin meningkat.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, setakat 26 Julai lali, sebanyak 348,852 pekerja sektor pembuatan telah menerima vaksin dos pertama.

“Manakala 35,790 pekerja di sektor yang sama menerima dos kedua melalui program tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri MITI sebelum ini berkata, PIKAS dimulakan sebagai tindak balas terhadap seruan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu Kerajaan mempercepat imunisasi untuk rakyat.

Jelasnya, kerajaan komited untuk memastikan pekerja mendapat vaksin percuma di bawah PIKAS yang disokong oleh sektor swasta yang dilaksanakan di seluruh negara termasuk vaksinasi di premis kilang.


Setakat 21 Julai lalu, sebanyak 14,933 syarikat telah berdaftar di dalam program tersebut. -SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button