Nasional

Precedent berbahaya minta Agong bentuk Kerajaan Perpaduan

GESAAN kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan daripada melantik Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti, akan menetapkan precedent yang berbahaya kepada proses demokrasi, kata pakar Perlembagaan.

Pakar-pakar Perlembagan berkata, bagi menyelesaikan krisis politik semasa, Malaysia perlu mencari penyelesaian undang-undang. Bukannya penyelesaian mudah untuk kesenangan jangka pendek.

Pakarp-pakar yang lain juga ada mengatakan, mengulangi kesalahan melantik kerajaan dengan majoriti tipis adalah ancaman yang lebih besar terhadap kestabilan negara.

Pengarah Malaysia Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR), Fahri Azzat berkata, rakyat Malaysia tidak mencari penyelesaian jangka panjang dengan menggesa Agong membuat keputusan demikian.

“Saya berpendapat kita dalam kedudukan merbahaya kerana kita semua bergantung kepada Agong untuk cuba menyelesaikan perkara ini.

“Apa yang mereka minta Agong lakukan, ada harga yang harus dibayar di masa hadapan dan ia tidak dibincangkan,” katanya.

Sebagaimana yang kita lihat, sebagai penyelesaian sekarang, beliau berpendapat, kita tidak melihat lebih jauh lagi.

Dalam erti kata lain, menyeru pihak istana untuk menyelesaikan apa yang sebenarnya  merupakan masalah demokratik.

“Masalahnya di sini tidak ramai yang melihatnya dari sudut undang-undang dan di Malaysia, setiap masalah dilihat melalui spektrum politik dan bukan masalah undang-undang.

“Itulah sebabnya kita berada dalam kekacauan ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tindakan terbaik yang boleh diambil ialah mengadakan Pilihan Raya Umum namun itu pasti mustahil dilakukan dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda kita semua.

Katanya lagi, ketika rakyat Malaysia mahu perkara ini diselesaikan segera, membuat kompromi seperti itu akan mempengaruhi keputusan yang dibuat pada masa hadapan.

“Kita terus menanggung masalah teknikal kerana mahukan kompromi dan penyelesaian yang mudah. Adakah ia menyelesaikan masalah? Tidak. Ini makin merumitkan keadaan.

“Kami tidak melihatnya secara sistematik dan sah mengenai cara menyelesaikan masalah ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Sains Politik, Wing Chin Huat membidas cadangan untuk Agong menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, perananan Yang di-Pertuan Agong ialah memilih calon dengan sokongan majoriti dan bukan yang Baginda Tuanku rasakan pemimpin terbaik.

“Jangan gunakan alasan lapuk kerana keadaan luar biasa memerlukan langkah yang luar biasa.

“Apabila anda dapat melanggar peraturan kali ini kerana keadaan ini cukup luar biasa, lain kali, orang lain dapat melanggar peraturan untuk keadaan lain yang mereka anggap luar biasa juga.

“Integriti tidak mematuhi peraturan hanya jika sesuai dengan kita,” katanya dalam satu kenyataan. – DagangNews – SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button