Luar Negara

COVID-19: 24 doktor meninggal dunia di Indonesia

30,000 banduan akan dibebaskan

MENGEJUTKAN apabila barisan hadapan menentang COVID-19 semakin terjejas di negara tetangga kita Indonesia, dengan jumlah doktor meninggal dunia semakin meningkat.

Media tempatan, Tempo melaporkan setakat ini 24 orang doktor telah meninggal dunia.

Sebelum terdapat laporan mengatakan ada dalam kalangan doktor yang meninggal dunia adalah kerana  terlalu keletihan.

Dalam pada itu Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia memaklumkan melalui akaun Twitter setakat semalam seramai 14 doktor terkorban dengan dua daripada mereka meninggal dunia semalam.

Ketika situasi dilihat semakin getir kerajaan Indonesia setakat ini tidak mengenakan larangan keluar rumah bagi menangani pandemik COVID-19 namun kekal menekankan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) dalam semua aspek aktiviti masyarakat untuk mencegah penularan virus itu.

Sebaliknya Presiden Joko Widodo hanya mewajibkan mereka yang keluar rumah supaya memakai topeng muka.

Barisan hadapan juga semakin goyah dengan ini jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 198 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19 Achmad Yurianto berkata tujuh lagi kematian dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah setakat ini ialah 198, manakala kes positif bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari semalam meningkat kepada 2, 273.

Indonesia juga dijangka membebaskan kira-kira 30,000 banduan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Bagaimanapun Jokowi menegaskan beliau tidak akan membebaskan banduan kesalahan korupsi.

“Saya ingin sampaikan napi koruptor tidak pernah kita bicarakan dalam rapat-rapat kita. PP Nomor 99 Tahun 2012 tidak ada revisi untuk ini. Jadi pembebasan napi hanya untuk napi pidana umum,” kata Jokowi dalam sidang video hari ini.

Tambah Jokowi walaupun dibebaskan pihak berkuasa akan memantau banduan terbabit bagi memastikan mereka berada di rumah.

Negara lain yang telah membebaskan banduan ialah Iran membebaskan 95,000 manakala di Brazil 34,000 banduan dibebaskan. – SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button