Nasional
Trending

Cabul cucu tiri: Datuk kena penjara 8 tahun 4 sebatan

MAHKAMAH Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan ke tas seorang pengawal keselamatan kerana melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 59 tahun mengaku bersalah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang berusia lapan tahun di pondok rehat di sebuah taman permainan di Dungun, pukul 4 petang pada pertengahan Oktober lalu.

Tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah rumah di Dungun, pukul 4 petang pada 4 November lalu.

Nooriah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan untuk pertuduhan kedua tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 7 November lalu. – SM

(Visited 578 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button