Nasional

Tiga lelaki didakwa samun wanita tua

PETALING JAYA: Tiga lelaki didakwa atas tuduhan merompak barang kemas RM25,000 daripada seorang wanita warga emas di Bandar Tun Razak, Cheras, bulan lalu.

Mereka mengaku tidak bersalah ketika didakwa di mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur semalam, kata polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Idzam Jaafar berkata, dua lelaki didakwa melakukan rompakan berkumpulan dan seorang lagi menerima barang curian.

Idzam berkata, rompakan pada 26 Mac lalu itu dirakamkan dalam video oleh orang awam dan tular di media sosial.

“Dalam siasatan awal, kami mengenal pasti suspek sebagai dua warga tempatan yang membawa parang dan menunggang motosikal Yamaha Y15,” katanya. Lima lelaki telah ditangkap semasa siasatan, tetapi dua kemudiannya dibebaskan.

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button