Nasional

Aduan penerbangan lewat pulih termasuk penjadualan

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan, semua aduan berhubung kelewatan penerbangan telah dipulihkan termasuk penjadualan semula.

Beliau berkata, pesawat yang menghadapi masalah teknikal kini direhatkan daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan yang lebih teliti.

“Kerajaan bersimpati dengan nasib penumpang dan berusaha menyelesaikan masalah ini dengan syarikat penerbangan,” katanya.

Beliau berkata, setelah melakukan rundingan dan siasatan, syarikat penerbangan terbabit diarahkan untuk segera menyelesaikan isu teknikal yang dialami oleh penumpang.

Ka Siong berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi giat menggesa Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) agar bertindak lebih proaktif berhubung isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik yang melibatkan syarikat penerbangan AirAsia. – SM

(Visited 21 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button