BeritaPendidikan

Perlu strategi khusus dalam pembangunan modal insan – Raja Muda Perlis

Modal insan di dalam sesebuah organisasi perlu diuruskan secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamatnya. Pendekatan strategik amalan pengurusan modal insan dalam aspek pemilihan, pembangunan dan pengurusan personel perlu diberi perhatian sewajarnya.

Keperluan mewujudkan tenaga sumber manusia berdaya saing adalah usaha yang harus diberi perhatian pada dekad ini. Baik di sektor awam mahupun swasta, pembentukan modal insan yang berkualiti tinggi mampu menjana produktiviti berlipat ganda serta mengangkat martabat sumber manusia kelas pertama.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000
kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Babul Ibadah, Kampung Chemumar untuk diagihkan oleh amilnya, Mohd Yusof Ahmad.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menerangkan bahawa apa yang baginda titahkan sebagai modal insan, secara ringkas digambarkan di mana ‘modal’ itu sendiri merujuk kepada sesuatu yang menjadi ‘bahan’ keperluan untuk menggapai sesuatu.

Sebagai contoh, ‘modal’ dalam perniagaan misalnya, diperlukan bagi menjana keuntungan dan membangunkan syarikat. Tetapi modal bagi membangun insan bukannya berbentuk material, tetapi lebih kepada kemampuan, kualiti diri, ilmu, disiplin dan kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu atau pekhidmat organisasi tersebut.

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button