NasionalNegeriPendidikan

FKTK UniMAP, MTEC Thailand perkukuh hubungan

SEKUMPULAN penyelidik daripada Special Interest Group (SIG) Metal Processing & Metallurgy (MetaPriMe), Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK), Universiti Malaysia Perlis (uniMAP) telah mengadakan lawatan dan perbincangan kerjasama ke National Metal & Materials Technology Center (MTEC), Thailand.

Delegasi disambut oleh Dr. Jintamai Suwanprateeb yang merupakan Ketua Penyelidik dari Kumpulan Penyelidikan Biomedical Materials & Devices dan Dr. Apinya Panup, Pengarah Bahagian MTEC International Collaboration & Strategic Networking Division.

Delegasi UniMAP diketuai oleh Ketua Penyelidik bagi SIG MetaPriMe, Ts. Dr. Siti Hawa Mohamed Salleh.

Dekan FKTK UniMAP Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, lawatan itu merupakan aktiviti pengukuhan selepas UniMAP memulakan kerjasama dengan MTEC bermula pada tahun 2017.

Ujarnya, MTEC merupakan salah satu Pusat Penyelidikan Kebangsaan Thailand di bawah pentadbiran Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan (NSTDA), yang dimiliki oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi.

“Ia merupakan sebuah organisasi kerajaan yang dibiayai awam, MTEC menikmati lebih banyak kebebasan dalam operasinya berbanding badan kerajaan sahaja.

MTEC bertujuan untuk menggalakkan, menyokong dan menyelaras penyelidikan dan pembangunan dalam polimer, logam, seramik, dan bahan berkaitan, dan untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan organisasi khususnya dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan teknologi yang selari dengan bidang yang berada dalam FKTK UniMAP,” kata beliau.

Tambah beliau, lawatan berkenaan melibatkan pensyarah muda daripada FKTK yang masih mencari rakan kolaborasi antarabangsa dan ianya selari dengan agenda utama Menteri Pendidikan Tinggi iaitu pengukuhan kekuatan sumber intelektual dan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan akademik.

“Ini kerana dengan adanya kolaborasi seperti ini, penyelidik UniMAP berpeluang mengadakan pengujian makmal yang lebih berkualiti di mana MTEC menawarkan kerjasama pengujian secara bersama dengan pelbagai peralatan yang canggih dengan pelbagai output secara bersama.

UniMAP sebelum ini telah berjaya menganjurkan beberapa seminar dan menerbitkan artikel berkualiti secara bersama.

Dalam masa yang sama UniMAP dan MTEC juga bergabung dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri setempat dengan menjalankan ujian kegagalan membekalkan laporan teknikal untuk penambahbaikan produk industri terlibat,” katanya.

Antara pengisian lain lawatan berkenaan adalah perbincangan bagi menjalinkan kerjasama dari aspek penyelidikan, perolehan dana penyelidikan bersama, perundingan serta program mobiliti dalam pelbagai bidang Metalurgi khususnya, Alloy Development, Metal 3D Printing, Implants & Biomedical devices, Material Extraction dan Metal Surface Treatment.

Kerjasama seperti itu dapat memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi idea dalam memantapkan penyelidikan masing-masing. – SM

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button