Nasional

Perlis benarkan solat Jumaat di asrama dan institusi pengajian

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada malam semalam mengumumkan bahawa menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, setelah menilai keperluan dan suasana penularan semula Covid-19, bahawa Baginda telah berkenan untuk dilaksanakan solat Jumaat di surau asrama Sekolah-sekolah Menengah Berasrama dan Institut Pengajian di negeri Perlis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun 2020, dengan syarat-syarat berikut:

i) Solat Jumaat hendaklah diimamkan oleh Imam Litar yang dilantik oleh JAIPs yang hanya melibatkan pelajar yang tinggal di asrama dan guru atau pegawai bertugas berkenaan sahaja dengan mematuhi sepenuhnya garis panduan dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIPs.

ii) Teks Khutbah Jumaat adalah mengikut teks yang disediakan atau diluluskan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

iii) Kebenaran ini akan bermula pada 18 September 2020 sehingga 25 Disember 2020, melainkan jika dibatalkan lebih awal.

iv) Senarai surau sekolah-sekolah menengah berasrama dan Institut Pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:-

1. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
01000, Kangar, Perlis

2. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan
Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

3. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Abi
Kampung Kubang Badak, 01000 Kangar, Perlis

4. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
Jalan Besar, Arau, 02600 Arau, Perlis

5. Surau Asrama
Sekolah Menengah Dato’ Jaafar Hassan
Kampung Bukit Keteri, 02450 Kangar, Perlis

6. Surau Asrama
Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah)
Kampung Behor Mali, 02700 Simpang Ampat, Perlis

7. Surau Asrama
SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah
Jalan Tuanku Syed Sirajuddin, 02600 Arau, Perlis

8. Surau Asrama
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

9. Surau Asrama
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

10. Surau Asrama
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri
Batu 8 ½, Jalan Kaki Bukit, 02400 Kangar, Perlis

11. Surau Asrama
Kolej Vokasional Arau
Jalan Padang Nyu, 02600, Arau, Perlis

12. Surau Asrama
Kolej Vokasional Kangar
Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

13. Surau Asrama
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar
Padang Behor,Mukim Sena, 01000, Kangar, Perlis

14. Surau Asrama
Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri
Kampung Padang Malau, 01000 Kangar, Perlis

15. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad
Kampung Tambun Tulang, 02600 Arau, Perlis

16. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
Kampung Rama, 02800 Simpang Empat, Perlis

17. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Derma
Jalan Penjara, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

18. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah
02200 Kaki Bukit, Perlis

19. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad
Jalan Besar Arau 02600, Arau, Perlis

20. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi
KM 12, Jalan Kangar-Alor Setar, 02700, Simpang Empat, Perlis

21. Surau Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman
Tunjong, Beseri 02400, Kangar, Perlis

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, adalah diingatkan kepada seluruh rakyat negeri Perlis bahawa, kita masih belum berjaya memutuskan penularan wabak Covid-19 sepenuhnya. Sehubungan itu, seluruh umat Islam ditegaskan untuk terus berhati-hati dan melaksanakan ketetapan mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh MAIPs, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengekang penularan semula wabak ini.

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button