Nasional

Gaduh depan stesen minyak, seorang cedera, 6 ditahan

POLIS menahan enam lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang menyebabkan seorang cedera di hadapan stesen minyak Shell di Batu 9, Cheras pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi.

“Ketika tiba di lokasi kejadia, kita menemukan seorang lelaki berada dalam keadaan cedera.

“Semakan kamera litar tertutup mula menunjukkan mangsa telah dicederakan oleh beberapa orang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan mangsa kini sedang dirawat di hospital serta dalam keadaan stabil.

Bertindak atas maklumat, ujarnya, sebanyak enam lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh hadir ke mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730. -SM

(Visited 1,018 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button