JenayahNasional

Bising memasak di dapur, wanita ditampar rakan serumah

DAH kenapa? Tak pasal-pasal tampar rakan serumah. Seorang wanita bertindak menampar rakan serumahnya kerana didakwa membuat bising di dapur hingga mengganggu tidurnya.

Kejadian pada Ahad lalu berlaku di Bandar Utama, Damansara dirakam menerusi kamera litar tertutup sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang mendakwa dipukul rakan serumahnya.

“Kejadian dipercayai disebabkan mangsa yang sedang memasak di dapur didatangi rakan serumahnya yang mendakwa terganggu.

“Wanita terbabit kemudian menampar mangsa dan tindakan itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dapur,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, rakan serumah mangsa telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja,” katanya. – HARIAN METRO – SM

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button