NasionalNegeriPendidikan

Graduan perlu mahir komunikasi – Raja Muda Perlis

SETIAP graduan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang mantap bagi meningkatkan keyakinan bakal majikan mahupun pelanggan dalam memudahkan apa sahaja urusan pekerjaan.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor sempena dengan Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sidang Ke Dua di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, petang semalam.

Seramai 361 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian) menerima folder ijazah masing-masing daripada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda disambut oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button