NasionalNegeri

“Perlis Baharu” galakkan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan

KERAJAAN “Perlis Baharu” mula menggalakkan mana-mana premis yang membuat papan iklan yang baharu di negeri ini supaya meletak tulisan jawi.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, tulisan jawi ini perlu diletakkan pada bahagian atas sekali, diikuti bahasa rumi dan kemudiannya bahasa ibunda masing-masing.

Antara premis yang mula meletakkan tulisan jawi pada papan iklan di Kangar.

Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya masih belum membuat peraturan untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan.

“Saya menganggap jika ada premis yang masih tidak menggunakan tulisan jawi sebagai ‘tidak mesra kerajaan negeri’,” katanya kepada media selepas majlis Penyerahan Kerusi Batu kepada pihak pengurusan sekolah, masjid, surau, tahfiz dan rumah ibadat Parlimen Arau Bersama Menteri Besar dan Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di Dewan Residensi, Kangar hari ini.

Hadir sama Yang DiPertua MPK, Norazlan Yahaya.

Pada majlis berkenaan, sembilan Ahli Majlis MPK Arau memperuntukkan sebanyak RM4,000 setiap seorang untuk penyerahan kerusi batu ini.

Mohd Shukri juga menasihatkan pemilik premis supaya menukar kepada yang baharu jika mendapati bendera atau gambar Raja Perlis sudah lusuh.

Mohd Shukri berkata, jangan hanya tunggu arahan MPK bagi amaran baharu premis baharu mahu bertindak.

“Rakyat Perlis kena prihatin kerana tahun depan adalah Tahun Melawat Perlis,” katanya.

Katanya, sewajarnya semua rakyat mengambil bahagian memastikan Perlis cantik, bersih dan indah bagi menyambut kedatangan pelancong pada tahun depan. – SM

(Visited 470 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button