Nasional

1,000 keluarga di Kota Tinggi terima bantuan makanan daripada Sultan Johor

Seramai 1,000 keluarga memerlukan di daerah Kota Tinggi menerima kurniaan barangan keperluan makanan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Bantuan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh Yang Berhormat’ Mejar Cina Dato’ David Wong kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail.

Farizal berkata, kurniaan daripada DYMM Sultan Johor akan diedarkan kepada penerima di 11 mukim seluruh daerah Kota Tinggi.

“Pejabat Daerah akan mengedarkan kurniaan daripada Baginda Tuanku Sultan kepada penerima menerusi penghulu Mukim bagi kawasan masing-masing.

“Patik sekalian menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kurniaan secara berterusan Baginda kepada Bangsa Johor yang memerlukan,” katanya.

(Visited 612 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button