Nasional

Penutup 2020 dengan kes harian Covid paling tinggi 2,525

PENUTUP tahun 2020 hari ini menyaksikan rekod Covid-19 paling tinggi 2,525 kes sejak ia dikesan setahun lalu iaitu pada Disember 2019.

Hampir separuh daripada kes yang direkodkan berlaku di Selangor iaitu sebanyak 1,205 kes (47.7 peratus).

Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes (11.8 peratus) dan Melaka sebanyak 239 kes (9.5 peratus).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kes sembuh pula sebanyak 1,481.

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,598 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 13 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,512 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Sementara itu lapan kematian dilaporkan menjadikan keselurhan yang maut seramai 471 orang.

Tiga kematian dilaporkan di Hospital Sungai Buloh di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu di Kelantan, Negeri Sembilan dan Alor Setar. Mangsa melibatkan lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 39 hingga 79 tahun.

“Sehingga kini, terdapat 131 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr. Noor Hisham.

Terdapat pertambahan lima kluster baharu iaitu dua kluster di Johor dan masing-masing satu di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 286 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teduh, Kluster Jaya dan Kluster Berendam.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 225 kluster.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (371 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes), dan Kluster Teratai (151 kes),” kata Dr. Noor Hisham.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button