JenayahNasional

Lelaki Myanmar cuba culik kanak-kanak 4 tahun

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun nyaris menjadi mangsa culik seorang lelaki warga Myanmar dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang, semalam.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak bongsu, dikatakan sedang bermain pasir di hadapan rumahnya manakala ibunya pula sedang menyiram pokok di halaman.

Melihatkan anaknya dilarikan suspek, ibu kanak-kanak berkenaan segera menjerit dan jeritannya didengari oleh suaminya yang berada di dalam rumah.

Tindakan pantas si ayah mengejar suspek sehingga dapat dengan bantuan orang ramai. Kanak-kanak berkenaan terselamat dari menjadi mangsa culik.

Ketua Polis Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota IPD Kuantan bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan orang awam dan bapa mangsa di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu Tiga sebelum diserahkan kepada polis.

“Suspek dibawa ke IPD Kuantan dan proses reman akan dilakukan oleh pegawai penyiasat kes hari ini.

“Turut dirampas bersama suspek ialah sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa,” katanya.

Zahari berkata, bapa mangsa, penjual ketam nipah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah.

Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah. – BERITA HARIAN – SM

 

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button