Nasional

PSAS aktifkan sukan woodball

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mengaktifkan sukan Woodball yang dianggap masih baharu dan belum popular di negara ini.

Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Muhammad Zubir Mohd Hanifah berkata sukan yang kaedah permainannya seakan permainan golf itu semakin mendapat perhatian dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti yang melibatkan para pelajar dan juga kakitangan.

Ahli Kelab Woodball PSAS (KWP)Pingat Bulanan Woodball atau dikenali sebagai “Woodball Monthly Medal”.

“Sebagai penggerak sukan ini, kami mewujudkan keseluruhan 24 gates woodball di sekitar PSAS dengan kerjasama pelbagai unit dan jabatan di PSAS dan komitmen ini juga mendorong terbentuknya Kelab Woodball PSAS,” katanya.

Kelab Woodball PSAS (KWP), katanya, yang mula digerakkan tahun ini telah berjaya melaksanakan program Pingat Bulanan Woodball atau dikenali sebagai “Woodball Monthly Medal”.

Beliau berkata kelab itu memberi peluang kakitangan warga PSAS yang telah menjadi ahli KWP, serta terbuka kepada industri dan komuniti berdekatan PSAS.

“Program yang bersifat bulanan ini telah menarik minat ramai untuk mengikuti permainan ini yang mengambil masa tidak lebih tiga jam untuk menghabiskan keseluruhan 24 gate di padang PSAS, “ katanya.

Sukan yang bersifat santai ini mudah untuk dimainkan, namun begitu sukan ini sedang mula diangkat ke peringkat yang lebih tinggi yang memerlukan pemain berkebolehan untuk bertanding. Di PSAS sukan ini berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dan memupuk sifat untuk menjaga kesihatan diri.

Pengarah PSAS, En. Muhammad Zubir bin Mohd Hanifah berkata, program seperti “Woodball Monthly Medal” ini banyak memberi manfaat bukan secara kepada fizikal tetapi juga kepada mental.

“ Semangat kesukanan perlu dipupuk dalam diri tidak kira umur, kerana semakin umur meningkat, tubuh menjadi lebih rentan kepada penyakit dan memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh dari sesuatu penyakit. “
“ Mental yang sihat mampu menjana kepada kehidupan yang lebih harmoni, selain membantu kepada penjanaan idea yang lebih menarik semasa bekerja, “tuturnya.

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button