Bencana alamKebakaranNasional

10 kereta peronda, lima motosikal berkuasa tinggi musnah dalam kebakaran di bengkel polis

Sekurang-kurangnya 10 kereta dan lima motosikal musnah apabila bengkel ibu pejabat polis Kedah di Jalan Stadium di sini terbakar awal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4.53 pagi.

“Anggota bomba dengan dua jentera telah dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Keseluruhan bengkel itu dilalap api ketika mereka tiba,” katanya.

Tambahnya, tiada sesiapa berada di dalam bengkel ketika kebakaran itu berlaku.

“Bangunan itu kira-kira 80 peratus rosak dan berdasarkan maklumat 10 kereta polis dan lima motosikal berkuasa tinggi polis di bengkel itu turut musnah,” kata jurucakap itu.

 

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button