Nasional

Dua anggota PGA ditembak penyeludup terima pingat PGB

DUA anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am yang ditembak oleh penyeludup di Tembok Sempadan (TS9) Padang Besar, Perlis dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sesi soal jawab insiden terhadap dua anggota PGA tersebut di Parlimen hari ini,

“Penganugerahan pingat itu telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kementerian juga memperakukan mendiang dan seorang lagi anggota yang cedera dinaikkan pangkat kepada sarjan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Hamzah, pihaknya sedang merangka pelan strategi secara holistik bagi memperkasakan kawalan keselamatan sempadan negara.

Jelasnya, perkara itu termasuklah perolehan aset yang moden dan terkini seperti pengguna drone, armoured personnel carrier, night vision goggles dan pengesan jejak GPS untuk digunakan di sempadan negara.

“Kementerian juga berpandangan aspek kesiapsiagaan anggota negara juga harus diperkasakan.

“Perkara memerlukan latihan dan kerjasama strategik bersama agensi dalam dan luar negara,” jelasnya.

Pada kelmarin, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, seorang anggota PGA BN3 maut manakala seorang lagi cedera selepas berbalas tembakan dengan 13 penyeludup dari Thailand.

Anggota yang maut ialah mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang cedera di bahagian rusuk kanan.

Seorang lagi anggota iaitu Koperal Norihan A/L Tari, 39, pula terkena tiga das tembakan iaitu dia di bahagian perut dan satu di bahagian belakang badan dan kini sedang dirawat. -SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button