Luar Negara

Penularan baharu Covid-19 di China cetuskan kebimbangan

PENGESANAN satu kes terpencil virus corona di Shulan, iaitu sebuah pekan berhampiran  sempadan Russia dan satu lagi kes baharu yang muncul semula di Wuhan mencetuskan kebimbangan munculnya gelombang kedua penularan Covid-19 di China

Pihak berkuasa di China meletakkan kes di Shulan, bandar berhampiran sempadan Russia dan Korea Utara berisiko tinggi selepas kes kluster yang dikaitkan dengan seorang wanita tanpa sejarah perjalanan ataupun pernah terdedah kepada virus itu.

Ia muncul hanya seminggu selepas China mengisytihar semua wilayah di negaranya berisiko rendah atau sederhana.

Pada Ahad, pihak berkuasa kesihatan negara itu 17 kes baharu, hari kedua-dua berturut-turut yang mencatatkan peningkatan dua angka dan jumlah tertinggi dalam masa dua minggu.

LIma kes penularan tempatan dikesan di tiga wilayah yang berhampiran sempadan Russia atau Korea Utara – iaitu tiga kes di Jilin dan masing-masin satu kes di Heilongjiang dan Liaoning.

Semua kes baharu di Jilin adalah bandar Shulan, termasuk seorang wanita berusia 28 tahun dan dua lelaki berusia 45 dan 56 tahun, menjadikan jumlah kes di bandar itu 12.

Media China,  CGTN, melaporkan pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan sementara tempat-tempat awam di Shulan termasuk kemudahan sukan, perpustakaan dan penggung wayang.

Semua penduduk juga diminta berada di rumah kecuali untuk tujuan-tujuan tertentu.

Pelajar tahun akhir akan kembali kepada e-pembelajaran. Tidak ada teksi dibenar meninggalkan bandar itu, dan semua pengangkutan awam dihentikan perkhidmatan.

Media tempatan berkata, rantaian jangkitan di Shulan masih lagi misteri.

Suruhanjaya Kesihatan Jilin berkata, ia bermula denan wanita berusia 45 tahun yang tidak ada sejarah perjalanan sama ada dalam atau luar negara, dan tidak ada sejarah kontak dengan dengan sesiapa yang pulang dari luar negara atau wilayah yang pernah menjadi penularan wabak itu.

Beberapa minggu ini, China telah mengetatkan kawalan di sempadan Russia termasuk Suifenhe di timur wilayah Heilongjiang selepas beberapa orang yang pulang ke China melalui jalan darat dikesan positif Covid-19.

Pihak berkuasa kesihatan Shulan berkata, sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga minggu bulan April, 308 penduduk Shulan telah kembali dari Russia melalui Suifenhe dan Manzhouli.

Lapan dikuarantin di hospital Jilin dan baki 300 orang lagi menjalani proses pengasingan di bandar Shulan.

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button