Luar Negara

Gunung berapi Bulusan, Filipina meletus lagi

DALAM tempoh seminggu, gunung berapi Bulusan di Wilayah Sorsogon yang terletak kira-kira 600 kilometer (km) ke tenggara ibu negara Filipina meletus lagi.

Gunung berapi itu pada pagi semalam memuntahkan debu iaitu kira-kira seminggu selepas kejadian sama berlaku yang memaksa pihak berkuasa meningkatkan paras amaran kepada tahap satu dan memindahkan penduduk sekitar.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan, pihaknya mengesan satu lagi letusan melibatkan gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon pada awal pagi kira-kira pukul 3.37 Ahad.

“Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismic tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera,” menurut institut itu seperti mana dilaporkan Xinhua.

Pada 5 Jun lalu, pihak berkuasa Filipina telah memindahkan lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran kawasan gunung berapi tersebut selepas ia mengeluarkan kepulan asap setinggi 1km.

Tahap amaran gunung berapi itu kekal satu pada skala lima, bermakna gunung berapi itu masih “berbahaya.”

Institut itu turut menggesa orang ramai supaya menjauhi “zon bahaya” sepanjang 4km dan menasihatkan juruterbang supaya tidak melakukan penerbangan berdekatan dengan puncak gunung berapi.

Gunung berapi Bulusan merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina.

Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 km. – SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button