Luar Negara

Kes koronavirus di seluruh dunia melepasi 9 juta

Pakar Itali mendakwa virus Covid-19 semakin lemah

PERCAYA atau tidak, lebih 9 juta orang di seluruh dunia dijangkiti koronavirus. Itu menurut kiraan AFP berdasarkan sumber rasmi, setakat petang semalam.

Lebih separuh daripada 9,000,091 kes dilaporkan di Eropah dan Amerika Syarikat. Eropah melaporkan 2,537,451 kes dan Amerika Syarikat pula dengan 2,281,903 kes.

Bilangan kes seluruh dunia berganda sejak 16 Mei lalu dan lebih 1 juta kes baharu dilaporkan dalam tempoh seminggu lalu. Angka rasmi bagaimanapun hanya sebahagian daripada bilangan sebenar kerana banyak negara hanya menguji kes serius.

Sementara itu, pakar Itali mendakwa virus Covid-19 semakin lemah dan tidak lagi memerlukan vaksin. Ini berdasarkan semakin hari, kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ini, kes di Malaysia pun mencatat satu ke dua angka sahaja setiap hari.

Bukan di Malaysia sahaja yang memberi catatan kes sedemikian rupa tetapi juga negara-negara lain, pun kes jangkitan sudah semakin berkurangan.

Sebagai contoh, Itali pernah direkodkan sebagai negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini namun sekarang, mereka hanya mencatatkan lebih daripada 238,000 kes positif dan 34,000 kes kematian.

Sehubungan itu, seorang Profesor pakar penyakit berjangkit di Itali mendakwa, wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu menunggu vaksin.

Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya ganas ini sudah semakin lemah.

“Pada Mac dan April lalu, koronavirus dilihat umpama seekor harimau garang yang aktif menyerang mangsa tetapi sekarang, ia umpama kucing liar sahaja,” ujar beliau.

Kata Profesor Matteo lagi, walaupun virus ini mengorbankan lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia namun vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh mati dengan sendirinya.

Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana beliau dapat melihat sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh bertahan tanpa bantuan alat pernafasan.

Profesor Matteo juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button