Nasional

Pensyarah jual dadah di ‘dark web’ ditahan

MENGGUNAKAN ruang ‘dark web’ di alam maya sebagai cara untuk menjual dadah tanpa dikesan pihak polis.

Tindakan pensyarah berusia 31 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menahan lelaki tersebut kira-kira pukul 2 petang pada kelmarin di Kuchai Maju, Kuala Lumpur.

“Kita menemukan sepeket plastik lutsinar berisi dadah bersama dengan suspek pertama.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah melalui laman ‘dark web’ daripada seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, pihaknya kemudian menahan pensyarah sebuah universiti di Selangor dan merampas pelbagai jenis dadah berjumlah kira-kira RM7,480.

Ujarnya, saringan awal air kencing juga mendapati pensyarah itu positif dadah jenis ganja.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 500 orang penagih dadah,” katanya.

Jelasnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh haru bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, siasatan lanjut untuk mengesan ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperoleh juga sedang dilakukan. -SM

(Visited 507 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button