Nasional

Polis patut jadi simbol keprihatinan keselamatan rakyat – CEO CENTHRA

PUSAT Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) menyambut baik inisiatif dari dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), HaKita dan Eliminating Deaths And Abuse In Custody Together (EDICT) untuk mendesak siasatan telus dan bebas terhadap kes kematian dalam tahanan polis.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTHRA, Azril Mohd Amin berkata sejak awal tahun ini, purata kira-kira seorang seminggu dicatatkan berlakunya kematian dalam tahanan polis.

“Polis sepatutnya menjadi simbol keprihatinan negara kita terhadap keselamatan rakyat. Ini termasuk keselamatan mereka yang disyaki melanggar undang-undang malah mereka yang telah didapati bersalah melalui proses sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kes yang ditangkap atas sebarang pertuduhan dan ditemui mati dalam lokap polis sebelum kes dibicara juga mesti dihentikan.

.Jelasnya, kematian dalam tahanan sekali gus mampu memberi aib kepada reputasi penguatkuasaan undang-undang negara serta menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis.

“CENTHRA mengalu-alukan inisiatif HaKita dan EDICT untuk petisyen dalam talian bagi mendesak Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC).

“Kami menggesa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen ini, menandatangani petisyen dan menyokong langkah serius untuk membersihkan nama pasukan polis kita. Penguatkuasa undang-undang mesti dilengkapi dengan latihan dan kemahiran untuk memastikan keselamatan setiap warga dalam tahanan,” tambahnya. – SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button