Nasional

MySejahtera tidak berguna lagi, kata MMA

PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata aplikasi MySejahtera tidak lagi berguna kerana Malaysia mula beralih kepada fasa endemik Covid-19 mulai 1 April.

Dalam satu kenyataan, presiden MMA Dr Koh Kar Chai mengakui bahawa pengesanan kenalan adalah mustahil pada kemuncak wabak itu jika bukan kerana aplikasi itu, walaupun ia mungkin “hidup lebih lama daripada kegunaannya”.

“Dengan jumlah kes positif yang besar di dalam dan di sekeliling kita, pengesanan kontak tidak akan diguna pakai secara meluas kerana ia tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan.

“Dengan penularan Covid-19 yang tinggi dalam komuniti, ciri pengimbasan aplikasi MySejahtera untuk tujuan pengesanan kenalan tidak lagi berguna seperti pada fasa awal wabak itu,” katanya.

Kenyataan MMA dibuat di tengah-tengah gesaan yang semakin meningkat agar kerajaan menghentikan penggunaan aplikasi MySejahtera.

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button