Nasional

Lelaki maut motosikal terbabas

SEORANG kontraktor syarikat telekomunikasi maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dirempuh sebuah kereta di Jalan Bachang Pasir Putih di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa Muhammad Azizan Azhar, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sewaktu kejadian berlaku, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 datang dari arah Lebuh AMJ Bachang menghala ke arah lampu isyarat Bachang/Jalan Tun Fatimah.

Menurutnya, sewaktu tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terjatuh serta terseret sejauh 25 meter.

“Ketika itu, datang sebuah kereta jenis Perodua Alza dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM Melaka

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button