fbpx
Sukan

Peninju meninggal dunia selepas tewas

CHICAGO – Petinju Amerika Syarikat (AS), Patrick Day, 27, meninggal dunia empat hari selepas kalah menerusi kiraan knocked out, kata promoter, Lou DiBella.

Day yang tidak sedarkan diri diusung keluar dari gelanggang selepas tertarungan dengan Charles Conwell di Chicago pada Sabtu lalu yang mana beliau ditumbuk beberapa kali.

“Beliau memilih untuk bertinju, mengetahui risiko yang bakal dihadapi oleh setiap peninju apabila memasuki gelanggang tinju,”.

“Bertinju adalah sesuatu yang Pat (Patrick) suka,” kata DiBella dalam satu kenyataan seperti dipetik DPA.


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button