NasionalSukan

Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ Buatkan Ramai Yang Faham Kekecewaannya!

Kecewanya gandingan penerjun sensasi negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang sekadar menduduki tangga kelapan menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita cukup difahami rakyat Malaysia.

Tambah-tambah lagi menerusi satu klip semasa Pandelela melihat mata yang diraih selepas terjunanannya, Pandelela seolah-olah menyebut perkataan ‘babi’ selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang.

https://twitter.com/TypicalMsian/status/1419919575974514688

Meskipun tiada audio yang kedengaran sama ada benar atau tidak Pandelela menyebut perkataan itu, dari gerak geri bibir Pandelela, netizen BERPENDAPAT ia adalah sebutan untuk perkataan ‘babi’.

Sehubungan itu, netizen mengaitkan tindakan spontan Pandelela itu sama sahaja dengan perasaan rakyat Malaysia yang lain apabila berdepan dengan kekecewaan.

Biar pun harapan kontinjen Malaysia untuk meraih pingat menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita tidak kesampaian, rakyat Malaysia tetap menyokong dan bersama Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee!

(Visited 622 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button