Nasionalpilihan

Melaka kembali meriah kedatangan semula pelancong kapal persiaran mewah

Kesediaan tiga kapal persiaran mewah dari perairan antarabangsa untuk berlabuh serta menurunkan penumpang di Melaka dijangka dapat memulihkan industri pelancongan di negeri ini bermula awal Januari tahun depan.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Saari Basiron berkata, setakat ini tiga kapal persiaran mewah yang sudah memaklumkan untuk berlabuh di perairan negeri ini iaitu Silver Spirit pada 3 Januari dan Coral Geographer pada 9 Januari.

Bagaimanapun menurutnya, sebuah lagi kapal Ocean Odyssey pula masih belum memberi tarikh untuk mereka singgah.

Beliau berkata, daripada dua kapal persiaran terbabit dijangka kira-kira 400 pelancong asing akan turun untuk melawat tempat-tempat bersejarah dan berbelanja sepanjang tempoh sehari berlabuh
sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain.

“Kehadiran pelancong daripada kapal persiaran mewah menunjukkan tanda-tanda positif sektor pelancongan kembali meriah kerana sudah hampir tiga tahun kita tidak menerima pelancong menggunakan laluan laut disebabkan pandemik Covid-19.

“Sebenarnya dalam senarai untuk tahun depan banyak kapal-kapal persiaran mewah akan melalui perairan Selat Melaka dan kini ejen kita sedang mengadakan rundingan bagi memastikan mereka berlabuh di sini.

“Hari ini kita mencipta sejarah selepas tiga tahun apabila menerima kira-kira 100 pelancong dari Amerika Syarikat (AS) menaiki kapal persiaran mewah Ocean Odyssey yang singgah di Melaka untuk lawatan secara santai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kedatangan kira-kira 100 pelancong luar negara yang menaiki kapal Ocean Odyssey di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ)
Banda Hilir di sini hari ini.

Mengulas lanjut Saari berkata, pihaknya mengharapkan situasi tersebut akan berterusan tahun depan di mana kita sudah mendapat maklumbalas daripada pihak pengusaha kapal persiaran mewah terutama tiga syarikat yang akan singgah serta berlabuh di sini.

Katanya, momentum itu akan terus dikekalkan pihak kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan pemilik kapal terbabit untuk menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi persinggahan
sepanjang tahun 2023.

Justeru katanya, menjadi tanggungjawab BBP untuk melobi syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa itu kerana sudah mempunyai rangkaian hubungan sedia ada sebelum ini.

“Pada 2019, Melaka menjadi salah satu persinggahan pelancong daripada kapal persiaran kerana hampir setiap bulan kita menerima ketibaan kapal-kapal antarabangsa,” ujarnya. – SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button