Sukan

Steven Gerrard terus berbelanja

BIARPUN Aston Villa sudah mendapat khidmat Philippe Coutinho dan Lucas Digne, Pengurusnya, Steven Gerrard belum mahu berhenti belanja, ada satu lagi pemain lagi yang mahu dibelinya.

Gerrard mengambil alis tugas sebagai pengurus di Aston Villa pada 11 November lalu dan ketika musim perpindahan Januari ini Gerrard nampaknya mahu memastikan mendapat pemain yang dimahukan.

Coutinho sudah dipinjam dari Barcelona, dengan durasi sampai akhir musim. Aston Villa punya opsi untuk pembelian permanen setelahnya.

Selanjutnya, Villa merekrut Lucas Digne. Bek sayap kiri Everton itu dikabarkan ditebus pada harga 20-25 juta Pounds.

Memetik dari The Sun, Steven Gerrard belum mahu berhenti belanja. Dia masih mahu mendapatkan pemain baru demi memperkuat Aston Villa.


Dikhabarkan, Gerrard mau membeli Yves Bissouma. Pemain tengah yang kini beraksi bersama Brighton.

Bissouma sudah bermain bersama Brighton sejak tahun 2018. Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan mantap dalam perebutan bola.

Yves Bissouma sudah mencatatkan 100 penampilan di Liga Perdana Inggeris. Akan tetapi, beberapa kelab lain juga turut meminati pemain asal Mali ini seperti Arsenal dan Liverpool.

Brighton khabarnya akan melepas Yves Bissouma dengan harga sekurang-kurangnya 40 juta Pounds. Kontrak pemain itu akan habis di tahun 2023 ini, maka Brighton bakal melepaskannya lebih awal supaya tidak kerugian.

Apakah Aston Villa mampu menebusnya dan mengabulkan keinginan Gerrard?

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button