MahkamahNasionalNegeri

Pengacara majlis cangkul emak saudara mengaku tidak bersalah

Gara-gara mencederakan ibu saudaranya dengan sebatang cangkul, seorang pengacara majlis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Bagaimanapun tertuduh Johari, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah ke atas Jalilah Jalal, 60, menggunakan sebatang cangkul yang jika digunakan sebagai senjata mungkin boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5.00 petang di hadapan sebuah rumah di Jalan Daeng Tawi, Telok Mas, di sini 10 Jun lalu.

Sabit kesalahan tertuduh yang bertaraf pemastautin tetap boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal dalam hujahannya tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Beliau turut memohon mahkamah mengambil kira faktor kecederaan mangsa bahagian otak, patah tulang pipi, dagu dan rusuk serta pendarahan mata sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa kepada empat orang anak itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dibenarkan kerana perlu menyara isteri dan anak-anaknya selain mendakwa tindakannya itu adalah untuk mempertahankan keluarganya.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh 18 Julai ini sebagai sebutan semula kes. – SM

BACA Warden pusat tahfiz mengaku tidak bersalah cederakan pelajar

BACA Suami didakwa cederakan isteri tolak ajakan seks

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button