Nasional

Rekod tertinggi sejak tular Covid-19 di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kes harian baharu jangkitan Covid19 hari ini sebanyak 2,234 kes, sekaligus merupakan rekod kes harian baharu tertinggi sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,  Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 1,428 kes (63.9 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,321 kes (93.2 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat dan kluster-kluster. Kebanyakan kes-kes positif di negeri Selangor pada hari ini melibatkan kluster-kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling dan Kluster Hentian

“Selain daripada negeri Selangor, dua negeri lain yang melaporkan kes harian baharu yang tertinggi adalah negeri Sabah iaitu sebanyak 274 kes (12.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 136 kes (6.1 peratus),” katanya menerusi satu kenyataan berhubung perkembangan Covid19 hari ini.

Sebanyak 160 kes (7.2 peratus) COVID-19 yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (104 kes), Kluster Bakti (45 kes), Kluster Rumah Merah (8 kes) dan Kluster PTS Sibuga (3 kes).

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 2,229 kes.

Sebelum ini, negara mencatatkan kes tertinggi pada 24 November 2020 iaitu sebanyak 2,188 kes yang mana sejumlah besar kes-kes adalah melibatkan Kluster Teratai.

Sehingga kini, terdapat 124 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan rasa dukacita memaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 396 kes (0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

(Visited 565 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button