fbpx
Nasional

NGO Rohingya antarabangsa kerja tiada gaji

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat antarabangsa, Majlis Rohingya Eropah (ERC) mendakwa tidak menerima sebarang gaji atau imbuhan dalam membela nasih etnik Rohingya.

Sebaliknya, kerja-kerja amal yang dilakukan untuk membantu pelarian itu hanyalah atas dasar kemanusiaan secara sukarela.

[BACA] Pelajar IPTS, IPTA balik kampung mulai malam ini — Suara Merdeka

Menurut satu kenyataan bersama Duta Malaysia di ERC, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi dan Pengerusi Lembaganya, pertubuhan itu ditubuh pada Jun 2012.

Signifikan kewujudnnya adalah berkaitan dengan insiden pembunuhan berama-ramai di Arakan, Myanmar.

Katanya, kewujudannya juga adalah bagi menekan semua kerajaan di dunia termasuk Malaysia bagi melindungi pelarian Rohingya.


“ERC menegaskan di sini menjalankan kerja-kerja amal dan sukarelawan tanpa sebarang gaji atau elaun diberikan kepada sesiapa pun termasuklah Tengku Emma.

“Organisasi ini adalah berdasarkan kesedaran tinggi dan sumbangan orang ramai tentang isu sedunia pelarian
Rohingya masih gagal mendapat keadilan sehingga ke hari ini,” katanya.

Dalam kenyataan sama, ERC turut mengulas laporan portal Amnesty International supaya menggesa negara yang tidak terikat dengan Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokolnya 1967 menerima pelarian Rohingya.

[BACA] Pelarian Rohingya: Jangan bercakap setelah hilang kuasa — Suara Merdeka
[BACA] Asap palsu yang mengelirukan kita dalam isu Muslim Rohingya — Suara Merdeka

Menurutnya, tindakan Malaysia menghalau bot pelarian daripada memasuki perairan negara dan mendarat turut mendapat perhatian pihak antarabangsa.

Sementara itu, Amnesty International melaporkan kerajaan Malaysia dan Thailand bertanggungjawab mencari dan menyelamat bot-bot pelarian Rohingya.

“Cari dan selamatkan (SAR) bot-bot dan hulurkan makanan serta bantuan perubatan dengan segera. Mereka (Malaysia dan Thailand) mesti benarkan pelarian mendarat dengan segera.

“Malaysia dan Thailand menyedari nyawa mereka dalam bahaya. Menolak untuk membantu akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk,” lapornya.

Malah, laporan portal itu turut menyatakan pandemik Koronavirus (Covid-19) tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menghalau bot pelarian.

“Awal minggu lalu, ASEAN menyatakan ambil berat dan berkongsi dalam berhadapan situasi mencabar (Covid-19).

[BACA] Netizen kecam Tengku Emma diarah serah sumbangan wang tunai — Suara Merdeka
[BACA] Rohingya: Misi Malaysia berpura-pura atau kemanusiaan? — Suara Merdeka

“ASEAN sebelum ini komited untuk belajar daripada krisis masa lalu termasuk isu migrasi terutama dalam situasi kecemasan,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button