fbpx
Nasional

Paling ramai dikompaun ingkar PKPP

JUMLAH mereka yang dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menunjukkan peningkatan mendadak kepada 673, jumlah tertinggi sejak pelaksananaan perintah itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata aktiviti kelab malam merekodkan jumlah yang dikompaun tertinggi iaitu 600 individu, diikuti penjarakan sosial (127) dan gagal merekod butiran pelanggan (14).

“Ini menunjukkan bahawa keingkaran bertambah, mungkin rakyat telah merasakan bahawa PKPP sudah tidak ada prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi sebab itu ramai yang dikenakan kompaun,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKPP hari ini.

Selain itu, beliau berkata 98 individu direman dan tujuh lagi dijamin menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan kerana ingkar PKPP semalam seramai 778 orang.

Bagi kawalan sempadan negara menerusi Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan 63 sekatan jalan raya dan menahan seorang warga asing kerana kesalahan imigresen.


JUMLAH mereka yang dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menunjukkan peningkatan mendadak kepada 673, jumlah tertinggi sejak pelaksananaan perintah itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata aktiviti kelab malam merekodkan jumlah yang dikompaun tertinggi iaitu 600 individu, diikuti penjarakan sosial (127) dan gagal merekod butiran pelanggan (14).

“Ini menunjukkan bahawa keingkaran bertambah, mungkin rakyat telah merasakan bahawa PKPP sudah tidak ada prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi sebab itu ramai yang dikenakan kompaun,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKPP hari ini.

Selain itu, beliau berkata 98 individu direman dan tujuh lagi dijamin menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan kerana ingkar PKPP semalam seramai 778 orang.

Bagi kawalan sempadan negara menerusi Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan 63 sekatan jalan raya dan menahan seorang warga asing kerana kesalahan imigresen. – BERNAMA

(Visited 6 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button