Nasionalpilihan

HCTM UKM nafi kekurangan PPE di jabatan kecemasan

HOSPITAL Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan dakwaan yang mengatakan pihak mereka kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di Jabatan Perubatan Kecemasan hospital tersebut.

Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan berkata, hospital masih mempunyai bekalan PPE yang mencukupi dan Jabatan Perubatan Kecemasan antara yang diberikan keutamaan.

“Semakan stok di Jabatan tersebut juga mendapati tiada masalah kekurangan seperti yang
dimaklumkan.

“Pihak HCTM UKM juga ingin memaklumkan bahawa pemakaian PPE dalam kalangan anggota
petugas barisan hadapan adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, tular di aplikasi Whatsapp sekeping gambar yang menunjukkan petugas kesihatan di hospital tersebut tidak menggunakan pakai PPE yang lengkap.

Menerusi mesej yang tular oleh seorang individu itu, dia telah meminta kepada kenalannya untuk menghulurkan bantuan seperti barangan PPR kepada hospital berkenaan.

Malah, individu itu juga mendakwa petugas kesihatan di hospital tersebut terpaksa membeli sendiri peralatan perlindungan seperti pelitup muka dengan menggunakan wang mereka. -SM

(Visited 591 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button