Nasional

“I know what you did last season Pakatan Harapan, so…”

KOMENTAR

“I know what you did last season”…So, shut up your mouth…”

Itu yang rancak tular dalam grup WhatsApp – menempelak tindak tanduk beberapa pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang terus memperlecehkan usaha kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 yang setakat ini meragut 17 nyawa dalam negara.

Tergiang-giang di kepala Suara Merdeka pada Jun tahun lepas apabila seorang menteri dari PH diajukan gesaan muslimat sebuah parti politik supaya sistem pendidikan vernakular dihentikan, apa kata menteri tersebut:

“Terimakasih bagi pandangan, tapi anda bukan kerajaan.”

Negara sedang bergelut dengan wabak berbahaya. Maka sepatutnya tidak ada pandangan cuba meremehkan usaha kerajaan yang membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua sebagai tidak bertanggungjawab.

Kerajaan ada penanggungan kos kewangannya. Antaranya melibatkan nilai besar sekurang-kurangnya RM100 bilion menerusi pelaksanaan langkah penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan serta penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan susulan impak koronavirus.

Itu belum termasuk satu lagi pelan rangsangan ekonomi yang lebih komprehensif akan dilancarkan dalam waktu terdekat demi rakyat dan ekonomi negara.

Justeru, marilah kita bersama-sama hentikan tohmahan atau kata-kata berbau sinikal terhadap kerja keras kerajaan waktu ini untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April depan berjaya mencapai matlamatnya.

Mengapa harus ada pandangan singkat mempersoalkan tindakan kerajaan mengerahkan tentera mulai Ahad lepas sebagai ‘tidak masuk akal’ (absurd)?

Bukankah langkah itu bagus untuk bukan sahaja meringankan bebas pihak polis, malah berupaya menguatkuasakan perintah itu secara berkesan dan berjaya.

Seperkara lagi yang menghairankan, apa lah yang hendak digaduhkan dengan kenyataan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menegaskan,
tabung #MusaadahCovid19 yang dilancarkan adalah untuk mereka yang memerlukan, termasuk frontliners (petugas barisan hadapan) dan lain-lain.

Dan beliau mengulangi tidak pernah menyebit bahawa dana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu khusus untuk umat Islam.

Mengapa sampai ada orang media sampai hendak `bertekak’ dengan beliau? Hairanlah.

Ketika wabak COVID-19 ini sedang menggila, elokkan kita semua tanpa mengira ideologi politik, agama dan budaya supaya menghentikan tohmahan terhadap kerajaan ini.

Hentikan pembohongan kononnya kerajaan ini yang menerajui Persekutuan baharu akan menimbulkan permusuhan terbuka dengan orang bukan Islam.

Sama-samalah kita berdoa moga kita dikurniakan taufiq dan hidayah, kekuatan Iman dalam menghadapi dugaan wabak COVID-19 yang melanda dan diberikan petunjuk kiranya didatangi sebarang kesulitan dan musibah.

Insya-Allah. Amiin Ya Rabbal alamiin. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button