Nasional

PM arah petugas kesihatan diberikan cuti rehat secara berperingkat

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin telah mengarahkan supaya  Kementerian Kesihatan supaya memberikan masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil  cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula.

Menurut Muhyiddin, beliau menyedari para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini.

Beliau mendoakan petugas-petugas di barisan hadapan terus cekal kerana  situasi yang dihadapi oleh mereka bukan mudah.

“Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.

“Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus
cekal berkhidmat untuk negara,” kata Muhyiddin dalam Perutusan Khas sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan semua rakyat Malaysia.

“Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan
melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat bersama-sama mengharungi
dugaan besar ini,” kata Muhyiddin.-SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button