fbpx
Luar Negara

Penderma antarabangsa sumbang AS$130 juta bantu rakyat Palestin

Bagaimanapun jumlah itu masih belum mencukupi

SETIAUSAHA Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, adalah penting masyarakat antarabangsa meneruskan usaha pembiayaan Badan Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) agar ia berterusan dan mencukupi.

Sehubungan itu, penderma antarabangsa berjanji akan menyumbang AS$130 juta kepada PBB untuk membantu membiayai UNRWA dan sekaligus, membantu pelarian Palestin.
Selamatkan Palestin Archives - Page 3 of 50 - Media Adil

Langkah itu disambut baik oleh PBB namun mereka menyatakan, sumbangan tersebut masih tidak mencukupi dalam memastikan operasi berjalan sehingga akhir tahun ini.

Tambahan pula Badan Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) menghadapi krisis kewangan sejak Amerika Syarikat menarik balik dana pada tahun 2018.

Penarikan itu sekaligus menjadikan organisasi tersebut mengalami kekurangan dana yang besar.


 

Untuk rekod, UNRWA PBB ditubuhkan bagi membantu 700,000 warga Palestin yang melarikan diri atau dipaksa keluar dari rumah mereka ketika Palestin berperang bersama negara Israel sekitar tahun 1948.

Agensi itu menyediakan makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan lain untuk pelarian Palestin.

Pada ketika ini pelarian Palestin berjumlah sekitar 5 juta dan berada di Lebanon, Syria, Jordan, Tebing Barat, sempadan Gaza dan timur Baitulmaqdis.

Amerika pernah menjadi penderma terbesar UNRWA untuk menarik sokongan pada tahun 2018 tetapi mencetus krisis kewangan dan memaksa penderma lain mencari jalan mengisi AS$211 juta dalam agensi yang mempunyai AS$1.2 bilion bajet itu.

Maka itulah Setiausaha PBB, Antonio Guterres berkata, adalah penting masyarakat antarabangsa meneruskan usaha pembiayaan UNRWA agar ia berterusan dan mencukupi. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button